kEBAIKAN DAN KEBURUKAN ICT UNTUK KANAK-KANAK
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ICT UNTUK KANAK-KANAK KEBAIKAN ICT TERHADAP KANAK-KANAK Kecanggihan teknologi pada hari ini begitu pesat membangun terutama dalam bidang ICT. Antara teknologi ICT ialah komputer, telefon, televisyen, internet, telefon pintar, pemainan digital dan pelbagai lagi yang boleh kita temui pada hari ini. Malah terdapat dalam perbagai bentuk dan saiz. Revolusi yang dibawa oleh kecanggihan ICT membolehkan sesiapa saja dari setiap lapisan usia mampu memiliki kemudahan ICT ini, termasuklah dalam kalangan kanak-kanak. Melalui penggunaan ICT pelbagai manfaat yang kita mampu perolehi termasuk kepada kanak-kanak. Antara kebaikan ICT kepada kanak-kanak ialah:- 1. MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPADA KANAK-KANAK -Melalui penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudah. Dengan penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami ap...